Monday, October 25, 2021

LESEN KAPAL TERBANG

 Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita sikit pasal lesen kapal terbang. Lesen kapal terbang ni agak payah nak dapat. Ko kena sit for exam, collect workschedule, oral. Proses dia memang lama. Aircraft engineering licensed ni terbahagi kepada:

Category A (Aircraft Maintenance Technician) Subcategories:

1) A1 - Aeroplanes Turbine

2) A2 - Aeroplanes Piston

3) A3 - Helicopters Turbine

4) A4 - Helicopters Piston


b) Category B1 (Aircraft Maintenance Engineer – Mechanical) Subcategories:

1) B1.1 - Aeroplanes Turbine

2) B1.2 - Aeroplanes Piston

3) B1.3 - Helicopters Turbine

4) B1.4 - Helicopters Piston


c) Category B2 (Aircraft Maintenance Engineer – Avionics)


d) Category C (Aircraft Maintenance Engineer - Base Maintenance)

1) Large Aircraft

2) Other than Large Aircraft.


Kita skip category C sebab category C ni otai otai je yang amik. Tak semua engineer boleh dapat C category sebab dia depends pada company nak bagi atau tak. 

Untuk category B1, kalau nak jump dari B1.1 ke B1.2, B1.3, B1.4; ko kena amik lagi ye. Dia bukan macam B2. B2 ni ko boleh jump nak kerja dekat heli ke, dekat fix wing ka, sebab avionic system more less sama je. Aku kerja dekat fix wing, check wire, dekat heli pon sama gak kerja aku. 

Untuk Category A, ini khas untuk technician di LINE maitenance sahaja. kalau kau kerja di base maintenance tapi ada lesen Cat A, boleh je tapi normally company tak bayar. Cat A technician ni company akan bagi dia stamp/cop. Dia boleh sign defect yang simple simple je. Company amik CAT A license holder sebab nak kurangkan cos untuk engineer. Cuma kalau ada defect yang major, memang kena panggil engineer untuk rectify. Macam mana nak tau list kerja yang CAT A boleh buat? Ko rujuk dekat CAD1801 dekat CAAM website. Dalam tu dia akan bagi tahu. 

So untuk adik adik yang degil nak mampos nak masuk dalam bidang aviation ni, ko tengok market aviation kat Malaysia ni. Kalau nampak engineer untuk helicopter tak ramai, ko amik lesen helicopter. Buat apa nak amik lesen fix wing kalau nak dapat kerja pon susah. 



Bila dah dapat lesen, ko akan terima buku merah mcam kat atas tu. Ko boleh bangga sekejap je la sebab buku tu kalau ko tak ada type kapal, buku tu tak ada value pon.

Sampai disini sahaja. Buatlah pilihan yang bijak. Nak dapatkan lesen ni punyalah payah. Mati hidup balik semula pon aku tak nak dah buat lesen. serik. 


1 comment:

  1. Assalamulaikum bang ...saya berminat bidang aviation ni dan akan melanjutkan pelajaran ke poli banting dalam aircraft maintenance engineering ...lepas graduate saya akan dapat lesen cat a ...dan layak untuk jadi technician ...boleh bagi tips selepas tamat belajar ?? Betul ke peluang pekerjaan cat ni terhad

    ReplyDelete