Monday, October 25, 2021

LESEN KAPAL TERBANG

 Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita sikit pasal lesen kapal terbang. Lesen kapal terbang ni agak payah nak dapat. Ko kena sit for exam, collect workschedule, oral. Proses dia memang lama. Aircraft engineering licensed ni terbahagi kepada:

Category A (Aircraft Maintenance Technician) Subcategories:

1) A1 - Aeroplanes Turbine

2) A2 - Aeroplanes Piston

3) A3 - Helicopters Turbine

4) A4 - Helicopters Piston


b) Category B1 (Aircraft Maintenance Engineer – Mechanical) Subcategories:

1) B1.1 - Aeroplanes Turbine

2) B1.2 - Aeroplanes Piston

3) B1.3 - Helicopters Turbine

4) B1.4 - Helicopters Piston


c) Category B2 (Aircraft Maintenance Engineer – Avionics)


d) Category C (Aircraft Maintenance Engineer - Base Maintenance)

1) Large Aircraft

2) Other than Large Aircraft.


Kita skip category C sebab category C ni otai otai je yang amik. Tak semua engineer boleh dapat C category sebab dia depends pada company nak bagi atau tak. 

Untuk category B1, kalau nak jump dari B1.1 ke B1.2, B1.3, B1.4; ko kena amik lagi ye. Dia bukan macam B2. B2 ni ko boleh jump nak kerja dekat heli ke, dekat fix wing ka, sebab avionic system more less sama je. Aku kerja dekat fix wing, check wire, dekat heli pon sama gak kerja aku. 

Untuk Category A, ini khas untuk technician di LINE maitenance sahaja. kalau kau kerja di base maintenance tapi ada lesen Cat A, boleh je tapi normally company tak bayar. Cat A technician ni company akan bagi dia stamp/cop. Dia boleh sign defect yang simple simple je. Company amik CAT A license holder sebab nak kurangkan cos untuk engineer. Cuma kalau ada defect yang major, memang kena panggil engineer untuk rectify. Macam mana nak tau list kerja yang CAT A boleh buat? Ko rujuk dekat CAD1801 dekat CAAM website. Dalam tu dia akan bagi tahu. 

So untuk adik adik yang degil nak mampos nak masuk dalam bidang aviation ni, ko tengok market aviation kat Malaysia ni. Kalau nampak engineer untuk helicopter tak ramai, ko amik lesen helicopter. Buat apa nak amik lesen fix wing kalau nak dapat kerja pon susah. 



Bila dah dapat lesen, ko akan terima buku merah mcam kat atas tu. Ko boleh bangga sekejap je la sebab buku tu kalau ko tak ada type kapal, buku tu tak ada value pon.

Sampai disini sahaja. Buatlah pilihan yang bijak. Nak dapatkan lesen ni punyalah payah. Mati hidup balik semula pon aku tak nak dah buat lesen. serik. 


Saturday, July 11, 2020

Degree Public University dan Engineer

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

ramai dok tanya dekat komen section tu, kalau ada degree in mechanical or electrical dari university tempatan, boleh ke jadi engineer? Jawapan dia, tak boleh sebab degree tu tiada kena mengena dengan kapal terbang. Kena faham bahawa course course yang ada belajar di University tu tak sama dengan course yang balajar pasal kapal terbang. Untuk menceburi bidang aviation, kena ada mandatory or compulsory courses.

Jadi bila nak masuk bidang aviation, kena start dari awal. Tak kesah la ko ada Degree, Master or Phd sekalipun, memang wajib kena attend courses ni.

Kat mana nak amik courses ni? Boleh check link ni :http://www.caam.gov.my/wp-content/uploads/Approved-Training-Organisation-OCT-2019.pdf

Ini adalah ATO atau Approved Training Organization yang student student boleh amik lesen dan belajar basic pasal aircraft. Ada yang swasta dan ada yang government. Kena ingat certain ATO ada yang buat license dan ada yang cuma bagi basic training sahaja. Contohnya macam Politeknik Banting hanya provide basic training untuk student dan diploma aircraft engineering. ZRST tak buat diploma tapi dia boleh provide type course untuk student. Jadi kalau nak belajar, make sure ATO tu ada dalam list yang diberikan di atas. Jangan pergi dekat training school yang tak approve oleh CAAM. Nanti buat rugi duit je ye,

Mana satu ATO yang bagus? Kalau nak ikutkan, direct company intake lagi bagus sebab lepas habis belajar, terus jadi staff dan bekerja di company itu tapi sekarang ni, memang company tak buat lagi. Plus, economy dunia tak cantek. Maka anda semua terpaksa la pergi either private or gov. Perlu di ingatkan bahawa tak ada ATO private or gov yang menjanjikan lepas habis study, boleh terus dapat kerja ye. There is no such thing like that today. Ko lepas habis belajar, cari kerja sendiri.

Sunday, November 10, 2019

Kapal Terbang dengan Helicopter



Ramai yang sebenarnya ingat kerja kapal terbang dengan dengan helicopter ni lain. Ok biar den explain sebab den dah kerja dalam dua dua jenis kapal udara ni.

Kapal Terbang or aku bahasakan fix wing la kan, macam yang korang selalu nampak kat airport tu. Itu semua fix wing sebab kepak or wing dia tak leh bergerak gerak. Yang boleh gerak eko dia ja dengan flap/slat (eh xmo la masuk bidang teknikal. Nanti ramai tak paham kan).

Helicopter plak jenis yang ada blade (bukan bayblade hanat) dan berputar. Blade atau bilah ni ada di atas kepala helicopter dan juga di ekor (maafla bahasa rojak ye).

So, question is, boleh tak jika anda belajar dalam bidang penyelenggaraan pesawat, masuk bekerja dalam bidang helicopter. Jawapan nya boleh JIKA anda tidak mengambil lesen dan hanya belajar system pesawat biasa sahaja atau anda ambil lesen AVIONIC iatu B2. Jika korang ambil bahagian mechanical atau B1, kena ambil lesen B1.3. Untuk penyeleggaraan pesawat fix wing, kena ada lesen B1.1. Lesen dia tak sama ye untuk helicopter. Sebab tu den boleh lompat masuk heli sebab den pakai lesen B2. Kalau nak ikutkan kat malaysia ni, tak ramai engineer yang ada lesen B1.1 dan B1.3 sekali. Reason? Nak dapat type course dan buat OJT susah sikit unless company yang dia bekerja tu ada buat fix wing dan helicopter sekali.

Ok, now we move on the jobscope. Basically sama je bagi aku cuma helicopter ni dia akan sentiasa ada masalah. Sebab apa? vibration dia kuat sangat dan technology dia tak advance macam fix wing. Yang bestnya, nak troubleshoot defect tu senang. Kapal helicopter mana lah besar sangat kan. Ko jalan 10 tapak dah boleh sampai ke ekor kapal. Tapi untuk fix wing pulak, system dia canggih sungguh. Dahla sekarang ni semua main flybywire, lagi la pening kepala otak budak2 avionic nak clearkan defect. Lagi canggih kapal sebenarnya lagi banyak masalah nak clear. Trust me, been there done that.

So, kepada yang suka sangat nak kerja kapal udara (aku dah warning jangan masuk tapi hang degil), sila la buat pilihan dengan bijak ye. Bukan semua benda sama. Ko nak kerja belon udara pon boleh tapi aku tak taula lesen apa plak ko kena amik. Kena pandai tiup kuat je kot. ntah lah.. haha.. gurau ja ya.

Monday, July 29, 2019

Jangan Masuk Bidang Aircraft Engineering


Assalamualaikum semua.

sudah lama sangat tak update blog ni. Ada lagi ke yang baca blog zaman sekarang ni?

Ok la. Ni nak cerita sedikit pasal bidang aircraft engineering ni. Kalau ada sesiapa yang nak masuk bidang ni dan mengharapkan untuk menjadi engineer kapal terbang, rasanya tolong fikir 100 kali dahulu. Bidang ni dah terlalu berlambak pelatih pelatih yang masih menunggu kerja. Kita kena ingat bahawa industry aviation di Malaysia ni kecik je. Bukan macam di US atau Europe. Peluang pekerjaan sangat terhad buat masa sekarang. Ditambah lagi dengan gaji yang di bayar tidak setimpal dengan kerja.

Reason too many trainees? Sebab banyak sangat training school yang offer course aviation di Malaysia ni. Supply dan demand macam tak kena. Kalau di lihat balik, training school dia akan promote kaw kaw punya. Siap ada yang cakap 'once graduate confirm work here and there' la... or ayat yang selalu dengar, "negara kita kekurangan jurutera kapal terbang". Ini semua adalah bullshit ye. Jika kita kekurangan jurutera kapal terbang, tak de la ramai jurutera di Malaysia ni merantau mencari nafkah di negara orang.

Normally kalau ada sesiapa yang tanya saya pasal bidang ni or saya nampak kawan kawan saya tengah buat lesen kapal terbang, I will tell them just forget about it. Better ko amik course management atau human resource lagi bagus dari amik bidang ni. But it depends. Kalau kamu betul betul minat sangat, then go on. Pursue your dream. In the end of the day, banyak company lingkup dan banyak pekerja tak da kerja. Lepas tu jangan ko nak merengek plak.

Sunday, January 1, 2017

Aircraft Engineer and Technician



Ramai dok komen tanya pasal kerja dekat kapal terbang. Ok ni aku nak story sikitlah kan apa yang best and tak best kerja dekat kapal terbang ni. But ini from my experience la ye. Lain orang lain la dia punya pandangan.

Kalau korang mula-mula masuk memang la semua tengok hebat je kan. Even kalau family and kaum kerabat korang tanya, mesti bangga. "Saya kerja membaiki kapal terbang". Fuhh. nampak macam grand je kan but tak semua itu indah belaka. Kerja kapal ni ada banyak benda korang kena tau. Ini bukan macam kerja baiki motor atau kereta. Kereta kalau silap repair, boleh jugak berhenti tengah jalan. Ni kalau kapal terbang, tengah fly nak berhenti kat mana? Innalillah la jawabnya. Cuba korang google pasal incident and accident untuk kapal terbang. Memang kebayakkannya ialah HUMAN ERROR. Ingat tu. Bukan computer yang salah tapi manusia yang buat kerja tak betul. One incident bila BA flight windscreen tercabut keluar. Itu pon salah satu human error jugak. Contoh la kan bila aircraft crash disebabkan human error, pilot tu confirm confirm innalillah tapi ko dekat bawah ni yang kena soal siasat. Mau masuk penjara seumur hidup. Lagi derita tau. Sebab tu kerja ni bukan dianggap remeh temeh. Kalau buat kerja ala kadar je, baik ko jangan kerja dengan aircraft.


Sebut pasal gaji tehcnician, engineer; memang tak la sebanyak yang ko sangka. Technician pon gaji start Rm1500 without including other allowances. But certain company tinggi gak gaji technician dia. Sebab tu aku sarankan semua budak amik lesen. BUT, i suggest start with mechanic or technician. Aku bukan nak mengata budak budak yang terus start belajar jadi engineer ni tak bagus but dari apa yang aku tengok, dari segi kerja and cara diaorang communicate is not as good as orang yang start dari mechanic. Sebab apa? Sebab time ko mechanic ni, ko yang buat kerja. So basically ko tau apa yang ko buat and ko faham kerja ko macam mana. Bila dah jadi engineer, ko faham situasi mechanic yang kerja bawah dengan ko. Tapi ada je kawan kawan aku yang terus jadi engineer kerja pon ok.

Sebut pasal kolej, ada banyak sekarang kolej yang menawarkan jurusan ni. Contoh Dlog, MIAT, METC, Polytechnic Banting, APR, MATA.. eh, Google sendiri lah. Ko bilih pilih nak belajar avionic atau mechanical. Avionic ni macam buat wiring la. Ko akan didedahkan dengan Electrical, Instrument, Radio and Autopilot. Anything yang kena mengena dengan wiring ko akan buat. Kena tau baca wiring diagram. Kena tau symbol symbol dalam wiring diagram. Nampak senang kan but imaginasi ko kena kuat. Kena tau arus electric tu mengalir dari mana ke mana. Nanti senang nak buat troubleshooting. Bila dah masuk kerja, kerja dalam bidang avionic ni nampak mudah tapi bila kena troubleshoot, boleh makan hari kerja dia. Untuk mechanical pulak, kerja dia memang selain wiring. Benda benda berat tu diaorang la yang buat. Tukar blade, buat sealant, tukar tayar kapal terbang dan sebagainya. Choose wisely masa nak masuk sesuatu organization.


Kerja di bidang aviation ni tak tentu masa. Ada roster dia sendiri. Sometimes kena kerja time public holiday, sometimes kena kerja masa malam jadi burung hantu. Ada yang kerja 12 jam sehari, ada yang 8 jam je. It depends on the company itself la kan. Kalau kerja kat line maintenance tu, kena pandai la kan. Bila kapal nak terbang, ada pulak defect, passenger dah masuk dalam kapal, mau tak stress ko time tu. Pilot dok tengok je ko buat apa. Diaorang pon kalau boleh tak nak delay kapal. The pressure is on you bro. Kalau delay, ko kena menjawab dengan supervisor ko. Kena tulis form ini, form itu. Banyak kerja bai.

So? korang rasa best ke kerja bidang aviation ni? Bagi aku ok je. As long as it pay the bills and pay my mini cooper.. opss.. hahaha.. lawak je ye. Choose wisely adik adik ku.

Sunday, January 3, 2016

Pergi Singapore naik bus

Entry kali ni bukan nak certia pasal trip ke Singapore tapi perjalanan ke Singapore dari KL menggunakan bus. Selalu aku pergi naik flight tapi kali ni nak ubah selera. Initial plan nak naik keretapi tapi di sebabkan full, aku ingat nak naik Aeroline. Alah, yang seat boleh recline 45 degree tu. Yang ada stewardess dalam tu. Harga dalam RM95 one way tp timing dia tak kena pulak. So aku cari bus lain. Akhirnya dapat gak tapi beli dari Nice coach company. Harga pon murah. Cuma RM45 one way. Aku kalau boleh nak yang selesa sebab nak duduk dalam tu 5 jam. Kalau seat macam bas kilang memang sakit tengkok aku.




Perjalanan bus ni boleh dari KL sentral atau TBS. Aku amik dari KL Sentral sebab senang. Kalau guna coach lain, ada yang dari Damansara, Times Square and banyak lagi. And kalau di KL Sentral, tempat menunggu adalah di sebelah Maybank. Cari counter ni 4&5. Itu memang tempat khas untuk coach Nice. Tapi masa aku p sana, counter tutup. So aku tunggu di luar saja. Bus sepatutnya sampai pukul 7:40am tapi sampai dalam pukul 7:50am. Understandable sebab KL kan jalan jem. Lepas tunjuk e-ticket dekat conductor bus, aku pon p duduk dekat seat yang disediakan. Korang boleh pilih seat masa korang booking tu. Seating arrangement dia 1-2. Kalau yang travel solo macam aku, boleh la pilih satu seat sahaja. Kalau berdua pilih seat couple. Lepas dah naik bus, dia akan bagi air and meehon for breakfast. Meehon dia agak kering. Aku makan sikit saja. Sebaik ada beli roti and yogurt masa kat kl sentral tu. Dapatla isi perut sikit. And NO, dalam bus ni takda tandas. So, sila berak and kencing awal-awal. Aku masa dalam bus tu minum 2-3 teguk je sebab takut terkencing. Satu hal plak bus driver tu nak berhenti disebabkan aku pulak. And disarankan bawak sweater sebab dalam bus ni sejuk nak mampos. Aku dengan t-shirt and seluar pendek menggigil aku bai. Dan bawakla tempat rest leher tu sebab seat dia walaupon agak besar, tapi tak sesedap yang ko sangka. Seat tu pon cuma boleh recline 30 degree sahaja. Bukan 45 degree macam dalam kapal terbang. Ada paham!!! Bus tu hanya akan berhenti di satu RnR sahaja. Aku lupa pulak nama RnR tu. Tapi dia berhenti kat RnR tu dalam pukul 11am macam tu. Berhenti cuma 20 minit sahaja. Time tu korang nak berak/kencing/makan, sila lah ye. Oh ya, bus ni ada lcd scree tau. Setiap seat ada. Tapi dia tak provide earphone. So korang kena bawak earphone sendiri. 




Ok. Itu sahaja tips tips untuk naik bus. Naik bus takda la mahal pon. Bagi aku ok ja. Cuma pilihla coach yang ok. Nak lagi selesa p naik coach VIP tu. Itu pon kalau duit bukan masalah. Cuma harga ticket coach vip tu dah sama dengan harga ticket air asia. Baik naik kapal terbang kan. Huhuhu..

Monday, December 28, 2015

Gaji engineer kapal terbang

Hari tu aku ada baca pasal gaji seorang doctor. Memang kalau nak ikutkan gaji doctor yang baru masuk memang sikit. Agak tidak setimpal dengan kerja. Aku pon ada member doctor. Break satu hari je. Itu pon selalunya kerja. Kerja memang rak gila. Tapi kalau dah minat, itu bukan masalah. Lagipon kerja doktor ni bagus. Tolong orang. 

Ok, aku bukan nak bercerita pasal gaji doktor. Aku nak cerita pasal gaji engineer kapal terbang or nama orang putih nya aircraft engineer. Sebab aku pon kerja sebagai aircraft engineer and dah 2-3 company aku lompat, so... serba sedikit aku boleh bagi tau lah berapa gaji engineer kapal terbang ni.



Kalau nak ikutkan, gaji engineer kapal terbang ni tak fix. Mean that, it is depends on company. Ada company yang gah tapi bayar ciput je and ada pulak company yang kecik tapi bayar agak masyuk. And normally lah kan, gaji basic engineer ni rendah je tapi yang membuatkan dia jadi banyak tu sebab dia akan kira berapa 'type' or 'trade' ko ada. Type maksudnya kapal. Kalau ko ada lesen untuk kapal A330+A320+A380 dll, maka banyakla elaun ko and banyaklah gaji ko and banyak jugakla ko kena bayar tax. Hehe.. Roughly basic paling cokiak pon dalam RM3500. Itu basic sahaja tau. Blom masuk elaun lain2 lagi seperti yang aku cakap kat atas. And normally kalau budak baru dengan basic macam tu, ko akan bawak pulang dalam RM5000 kasar. Kalau aircraft engineer ni, bukan basic je berbeza tapi elaun pon berbeza. Sebab tu gaji untuk fix wing and heli tak sama. Engineer helicopter memang pada awalnya besar dari fix wing tapi kalau ko dah kerja lama kat fix wing, gaji ko boleh cecah RM40k bai. Itupon kalau ko dah kerja dengan banyak kapal la. Kalau ko dari awal sampai habis kerja satu kapal je, memang gai ko naik tak banyak la beb.



Untuk helicopter, untuk engineer boleh cecah RM13-17k sebulan kasar. Nampak banyak kan. Tapi lepas kena tolak income tax, nak menangis rasanya tengok pay slip. Ada jugak company yang incomtax dia cuma tolak basic sahaja and elaun ko akan dapat bersih. Nama company tu pandai pandai la korang carik ye. Hehe.. Kang kena saman mampuih den. Kalau korang dah experience and nak bekerja di luar negara, arab is the best place to go untuk kotang kumpul harta kat sana. Berapa dia bagi aku x pasti sebab aku x kerja kat sana lagi. Maybe dalam RM30k sebulan kot. Tapi sana best sebab bersih and tak tolak tax. Cuma cost of living ja sana mahal. Kena pandai berjimat.

Untuk adik adik yang baru nak apply bidang aviation ni, aku suggest korang fikir elok elok dulu sebelum decide. Tanya diri korang sulu samada ko betul ke nak kerja panas terik, hujan dan ribut semua. Ini bukan benda yang remeh ko boleh buat main-main. Salah sikit habis berpuluh nyawa melayang. Gaji memang best tapi risiko tinggi jugak. Kalau tak ada minat, baik kerja lain je ye. Bukan aku tak galakkan tapi ramai budak sekarang yang study aviation tapi bila suruh buat kerja tak tau.